Jumaat, 17 April 2015

Karangan

Usaha-usaha Untuk Meningkatkan Minat Remaja Teradap Permainan Tradisional


          Pada masa sekarang, permainan tradisional seperti gasing, congkak, wau dan lain-lain semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan minat remaja terhadap permainan tradisional.

          Antara usaha untuk meningkatkan minat pelajar terhadap permainan tradisional adalah dengan mewujudkan persatuan di sekolah. Kewujudan persatuan ini dapat mendedahkan pelajar bermain permainan tersebut kepada pelajar.

         Seterusnya, kerajaan boleh mengadakan kempen permainan tradisional. Kempen ini akan menggalakkan para pelajar meminati permainan tradisional.
   
         Selain itu, ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional sejak kecil lagi. Inisiatif ini sangat penting kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

        Di samping itu, peranan media massa sangat penting untuk memupuk minat pelajar terhadap permainan tradisional. Media massa perlu memaparkan dokumentari tentang permainan tradisional ini.

         Tuntasnya, semua pihak harus berganding bahu untuk memastikan permainan tradisional ini tidak akan ditelan zaman.

(130 patah perkataan)